Assalamualaikum…
A belated entry for Ahmad Fahri’s birthday which was yesterday..
Pertama kali anak sambut harijadi, uminya demam pulakkk! Kesian hubby pegi keje lambat sbb nak uruskan umi dan Fahri… Aiseh! Jadi pagi tu jiran ambil Fahri utk tlg jaga sbb saya memg agak lembik pagi tu… dah la dah 2 hari senggugut mcm baru kena period… 3 hari yg melembikkan… Menjelang tengahari, jiran pulangkan sbb Fahri pun agak moody. Tak mau main dan tidak ceria mcm biasa… Sebenarnya Fahri pun tak sihat sgt sbb sebelum tu dia muntah2 dan cirit-birit… Alhamdulillah, dah okay… nak ringankan badan kot… maklumlah umur dah masuk genap setahun, and he is about to take his first step soon.. his baby fat is fading dahh… sedihnya!
Tapi tengahari tu kami tidak sendirian… Atuk dan Acik Nab dtg membawa kek harijadi pertama utk Fahri… Alhamdulillah… Seronok Fahri main2 dgn Acik Nab dia dgn Atuk.. hehehehe…
Kami celebrate Fahri’s brithday di rumah Atuk… Atuk belanja nasi beriani Restoran Negeri dgn murtabak, dan kuih2 dari PaRam. Hubby lak belanja Domino’s… Star of the day tentulah kek harijadi Fahri. Sebu perut masing2 malam tadi… Almaklumlah kapasiti masing2 terhad
Gambar2nya coming soon…
Owh! Fahri dah dpt pun hadiah harijadinya yg pertama in advance. Terima kasih Mamanurins! Fahri suka main building blocks tu… Dia dah tak main mainan yg lain2 dah…
Harapan umi sempena setahun anak umi, semoga menjadi anak yg soleh, menyayangi dan menghormati orang tua, dan menjadi seorang yg tabah dan kuat… dari dalam perut lagi umi tau that you are the stronger one when I’m not! Fahri sumber kekuatan umi… Umi love you so much!