Andelila

harapan | Jul 06th 2009

salam….

manusia adalah hamba Allah yang paling tidak bersyukur.

kadang-kadang saya harap saya buta, supaya saya tidak melihat perkara-perkara yang saya tidak mahu lihat.

kadang-kadang saya harap saya pekak, supaya saya tidak mendengar perkara-perkara saya saya tidak mahu dengar.

kadang-kadang saya harap saya bisu, supaya saya tidak menyebut perkataan-perkataan yang saya tak mahu sebut.

kadang-kadang saya harap saya gila, supaya saya tidak merasai kecil hati dan kecewa.

kadang-kadang saya harap saya hilang ingatan supaya semua perkara menjadi baru bagi saya.

kadang-kadang saya harap saya direhatkan sebentar dari melakukan apapun di dunia ini supaya orang-orang di sekeliling saya tahu betapa beratnya bahu, minda dan jiwa saya.

sebetulnya, saya bersyukur kerana Allah menganugerahi saya hati yang sangat cekal dan keras. saya sendiri tidak pasti bagaimana saya dapat menggalasi semua ini… hanya Allah Maha Mengetahui. Alhamdulillah…

Ya Allah, sesungguhnya aku mahu mencintaiMu melebihi segala yang ada di dunia ini… Amin.


Posted in Uncategorized

1 Comment »

  1. lately nih anda byk menulis tentang keTuhanan…
    sy gembira dgn penulisan anda, sekaligus menyedarkan diri saya sendiri…
    insyaAllah, apa yg kita harapkan itu akan menjadi kenyataan..dan di situ adalah titik permulaan yang baik untuk menutup segala kisah silam yang kusam..

    Comment by ammen — July 7, 2009 @ 1:33 am


Say something?Comments RSS TrackBack URI

     

    July 2009
    M T W T F S S
    « Jun   Sep »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  

    Blog Stats

    • 1,287 hits