salam….
apakah agaknya yang telah merasukku, sehinggakan perkara kecil mendatangkan kemarahan yang sangat membakar sehinggakan yang menjadi abu itu hatiku sendiri?
Duhai Pemilik Sekalian Alam… apakah aku masih layak menerima lindungan dan kasih sayang-Mu kerana ketika sujud menyembah-Mu aku berasa amat malu dan berasakan tidak layak sekali berada di depan-Mu…
Penciptaku, atas kasih sayang-Mu jualah aku masih menghadap-Mu tanpa malu memohon belas ihsan-Mu agar aku menjadi seperti aku yang dulu. Tuhanku, apakah aku layak diterima menjadi pemuja-Mu?
Setiap titisan doa yang kutitipkan, hanya kumohon pada-Mu… Ya Allah… Betapa hati ini begitu rindu akan kegirangan hati dan ketenangan jiwa tatkala bibir ini basah menyebut-nyebut nama-Mu, melafazkan kalimah-kalimah suci kitab-Mu.
Ya Allah, apakah keresahan jiwa ini kerana aku sudah lama melupakan-Mu? Ampuni aku Tuhanku…Aku bersyukur kerana setelah sekian lama, aku masih di sini, menghadap-Mu sebagai hamba yang hina…
Wasalam