Andelila

kata hati

salam…

hati kita tak ada bahasa
hati kita cuma bergetar
sama ada kita gembira, sedih, marah, berdebar2 mesti hati kita bergetar. cuma frekuensi getaran itu memang berbeza.
malah, kalau kita overdose nescafe pun kita akan rasa berdebar2… ketagihan ke ek? ekekekekeke…
jadi, bagaimana hati itu berkata2?

saya selalu percaya pada detik hati saya. adakah itu kata2 hati saya?

saya sendiri kurang pasti…

mungkin sebab itu saya penakut….


Posted in Uncategorized

cinta, apa yang kau dah lakukan padaku???

Mar 20
1 Comment

salam…

ini adalah terjemahan sajak urdu…

‘bedebah kau cinta!
apakah yang telah kau lakukan padaku?’

simple kan? tapi saya suka. kata2 sangat tepat.

makan hati boleh jadi muda ke?

hah! percayalah, bahawa yang melukakan hati seorang wanita itu adalah wanita yang lain. sorry to say tapi saya rasa lelaki pada saya satu alat aje (dalam kes makan hati ni la). sama ada mereka (lelaki) sedar, atau kenal yang mana kaca atau permata je yang tau hargai hati wanita (kalau pun hati wanita itu masih miliknya)…

ape pentingnya komunikasi dan berbincang bila perkara yang dibincangkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. baik la tak payah berbincang. bila diajak berbincang, sebelah pihak aje yang menang. yang makan hati masih makan hati…

kalau nak bicara tentang kecewa, saya dah lalui macam2 dah. mak ayah saya tak pernah tau pun. saya pendam sendiri. tapi tu lah… bila memendam, saya jadi benci. apa yang saya kata semuanya salah. apa yang saya rasa semuanya tak betul. jadi lebih baik saya tak kata apa2…

cinta memang bedebah!

sebab cinta perkara kecil macam tak ada prepaid telefon, atau bateri telefon takde pun boleh buat saya menangis. betapa bedebahnya cinta buat saya jadi bodoh…


Posted in Uncategorized

Hari Wanita Sedunia 2009

salam…

rasa-rasanya, ada banyak perkara ingin saya taipkan.

mau kata tentang apa ye?

entahlah….

kalau dikatakan pun, akan adakah yang mendengar?

kalau adapun yang mendengar, akan adakah yang memahami?

kalau adapun yang memahami, akan adakah yang memberi sokongan atau mengkritik?

ergghhhh!!!!

pernah tak anda rasa anda berkorban untuk perkara yang anda tidak tahu sama ada itu adalah kemahuan anda ataupun tidak?

pernah tak anda rasa yang pengorbanan anda itu tak ada nilai langsung pun pada orang lain padahal anda sebenarnya membuat pengorbanan yang paling besar dalam diri anda…?

dan setiap hari anda bertanya pada diri anda, berbaloikah pengorbanan anda itu? adakah pengorbanan anda dihargai?

maafkan saya tapi pada hari ini saya rasa memang tak berbaloi…. tapi saya sudah pun menjadi korban…

itulah saya. pengebom berani mati untuk perjuangan orang lain…

jumpa lagi.

*petikan di atas dipetik daripada kata2 wanita yang menjadi korban untuk lelaki yang mereka cinta sempena Hari Wanita Sedunia 8 Mac yang lalu.


Posted in Uncategorized

bad temper

Mar 01
1 Comment

salam…
i have always known that i have an unpredictable mood swing and bad temper… the truth is i hate it very much. and that’s making me a bad driver too… ngghhhh!!!!
saya tak faham. kadang2 mereka ni nak kita serius dan tekun melakukan pekerjaaan kita. apa2 kerjaan! baik buat docu ataupun basuh pinggan. malangnya, ada satu sikap ignorant pada mereka yang membuatkan saya sangat2 fed up.
contohnya, saya nak pakai pc la senang citer. then saya cakap la saya nak pakai pc. tapi hamba Allah yang seorang ini guna sampai saya tak dapat peluang pun nak guna pc tu. dah la perkara2 yang dia surf tu tak penting langsung ok…
dan biasalah… orang tu saya tak boleh nak marah kerana saya bukan layaknya.. jadinya? saya marahkan diri sendiri and my other half. tu bukan salah dia!!!! tapi kat mana saya patut marah? memang saya dah tak boleh sabar. yes! call me selfish! self-centred and all. i don’t care. i have to.
mereka menuntut saya supaya bersungguh2. tapi cara mereka tak pernah membantu langsung. saya dah 27 tahun la tahun ni. tolonglah bagi privacy pada saya. lagipun saya bukan lagi budak2…


Posted in Uncategorized

     

    March 2009
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  

    Blog Stats

    • 1,284 hits