salam….
sekolah rendah saya ada 2 part. pertama masa saya masih duduk di rumah sewa tuk hj mail. part kedua saya duduk kat seremban.
masa tahun 1 sampai tahun 3 saya kami masih tinggal kat rembau. sekolah saya sekolah kampung je. satu kelas dlm 35-38 orang murid. ada 1 kelas je tiap2 tahun. sekolah saya kat belakang sekolah mak dan abah mengajar. so, bila balik dari sekolah saya akan duduk lari2 main kejar2 kat sekolah menengah tu… hheheehehe… nakal tau saya. lasak lak tuh.
masa tahun satu, hari pertama abah hantar saya. lepas tu abah kenalkan saya dgn sorang kakak ni supaya bila balik sekolah saya ikut kakak tu ke sekolah menengah tempat mak abah ngajar. nama kakak tu saya ingat la. ada siti-something2-kot. ekekekeke… kakak tu anak pembantu makmal kat sekolah menengah tu. adik dia sama kelas dgn saya nama syamsul or samsul or shamsul… ooo…saya sangat hilang ingatan.
bila tahun satu, yang saya ingat saya duduk sebelah mazrini. depan saya emilia dan aziah. tapi mazrini tu selalu buli saya. selalu marah2 saya. tak tau la kenapa. tapi lama2 kami rapat jgk. pergi kantin makan sama2. jalan pun pegang tangan. betul…. masa sekolah rendah dulu jalan dgn kawan baik kami akan pegang tangan. tapi kalu la ni, mak geletis you… masa tahun satu jgk nurse selalu dtg tgk budak2 tahun satu. saya takut. tapi buat2 tough je la… bila dah kena cucuk, saya cranky sbb tgk kiri saya lenguh. ye saya kidal.
masa tahun dua dikmat join saya masuk sekolah… bila nurse dtg dia segera dtg ke kelas saya. saya pujuk dia. saya kata nurse dtg nak cucuk pelajar tahun 6. heheehhe… masa tahun 1 hingga tahun 3 waktu rehat diisi dgn main getah. hehehehe… tak pasti la saya terer ke tak. tapi paling saya tak suka kena lompat yang bahagian kepala. sebab mak pakai pinafore okeh! ado kau nak lompat2?
masa ni balik sekolah saya dah tak ikut akak siti-something2-kot. sebab akak tu dah naik tahap dua. balik lewat sikit. saya balik dgn dikmat, shamsul.. bila tahun 3, iddin join pulak dan abg-yang-saya-tak-ingat-nama-dia-tapi-dia-suka-saya. abg tu tahun 5. tapi bila balik sekolah saya dah kanak2 riang ni balik sama. kak siti dan abg tu balik sama2. mereka sekelas. iddin dan abg tu anak kerani sekolah menengah tu.
masa kat sekolah menengah tu, saya akan duduk kat meja mak dan buat kerja sekolah. bila dah hbs buat, saya suka baca buku karangan anak2 murid mak saya. ye mak saya cikgu bm dan sejarah…. buku teks tingkatan 3 pun saya baca. hehehehehe… bila dah boring saya akan jalan2 kat kaki lima sekolah. ye, anak2 murid parents saya nakal. selalu nak kacau2 budak sekolah rendah.
pernah sekali saya dan dikmat kacau mak mengajar dlm kelas. sebenarnya kami nak mintak duit sbb lapar. mak sebagai seorang mak yang lembut dan penyayang bagi je duit kat kami. tapi bila sampai umah, abah dapat tau. apa lagi kena kurng dlm bilik air la kami. saya dlm toilet, dikmat dlm bilik mandi. dan kena jgk rotan sedas dua kat b**t*t. sakit nye….
bila balik rumah pulak, aktiviti sneaking bermula. masa tu kami berdua dah pandai bwk basikal. so sangat excited la nak main basikal. heheehhe… padahal bukan jauh pun kami pergi. tak berani sbb abah garang. bila hari jumaat yang saya ingat kul 4.30 saya suka tgk cerita maero attack. tapi selalu tak dpt tgk sbb mak dan abah nak tgk hindustan. tapi selalunya mak dan abah tertidur, jadi kami akan amik kunci dan keluar perlahan2…
eh, lupa nak cerita. masa saya tahun dua, saya dapat adik… kami panggil adik. sampai sekarang saya panggil dia adik… masa dah ada adik ni rumah kami yang sekarang ni dah siap. jadi seminggu dalam 3-4 kali jgk kali dtg kemas2, cuci2 rumah. saya jaga adik je… mak dan abah je yang buat semua. masa ni kerja sekolah saya ada jgk yang tak siap. sbb letih sgt. saya ingat lagi kami selalu akan balik ke rembau bila hari dah mlm lepas makan. bila kami hbs makan, kedai makan pun tutup. ye, begitu lewat… tapi, lewat macam mana pun tuk hj mail tak kunci gate lagi selagi kami belum sampai. dan abah la yang selalu kunci kan gate tu.
bila cuti sekolah hujung tahun tahun 3 tu, kami sekeluarga pindah ke rumah sekarang. bermula la episod kami berulang alik seremban-rembau…