Andelila

harapan

Jul 06
1 Comment

salam….

manusia adalah hamba Allah yang paling tidak bersyukur.

kadang-kadang saya harap saya buta, supaya saya tidak melihat perkara-perkara yang saya tidak mahu lihat.

kadang-kadang saya harap saya pekak, supaya saya tidak mendengar perkara-perkara saya saya tidak mahu dengar.

kadang-kadang saya harap saya bisu, supaya saya tidak menyebut perkataan-perkataan yang saya tak mahu sebut.

kadang-kadang saya harap saya gila, supaya saya tidak merasai kecil hati dan kecewa.

kadang-kadang saya harap saya hilang ingatan supaya semua perkara menjadi baru bagi saya.

kadang-kadang saya harap saya direhatkan sebentar dari melakukan apapun di dunia ini supaya orang-orang di sekeliling saya tahu betapa beratnya bahu, minda dan jiwa saya.

sebetulnya, saya bersyukur kerana Allah menganugerahi saya hati yang sangat cekal dan keras. saya sendiri tidak pasti bagaimana saya dapat menggalasi semua ini… hanya Allah Maha Mengetahui. Alhamdulillah…

Ya Allah, sesungguhnya aku mahu mencintaiMu melebihi segala yang ada di dunia ini… Amin.


Posted in Uncategorized

marah…

salam….

apakah agaknya yang telah merasukku, sehinggakan perkara kecil mendatangkan kemarahan yang sangat membakar sehinggakan yang menjadi abu itu hatiku sendiri?

Duhai Pemilik Sekalian Alam… apakah aku masih layak menerima lindungan dan kasih sayang-Mu kerana ketika sujud menyembah-Mu aku berasa amat malu dan berasakan tidak layak sekali berada di depan-Mu…

Penciptaku, atas kasih sayang-Mu jualah aku masih menghadap-Mu tanpa malu memohon belas ihsan-Mu agar aku menjadi seperti aku yang dulu. Tuhanku, apakah aku layak diterima menjadi pemuja-Mu?

Setiap titisan doa yang kutitipkan, hanya kumohon pada-Mu… Ya Allah… Betapa hati ini begitu rindu akan kegirangan hati dan ketenangan jiwa tatkala bibir ini basah menyebut-nyebut nama-Mu, melafazkan kalimah-kalimah suci kitab-Mu.

Ya Allah, apakah keresahan jiwa ini kerana aku sudah lama melupakan-Mu? Ampuni aku Tuhanku…Aku bersyukur kerana setelah sekian lama, aku masih di sini, menghadap-Mu sebagai hamba yang hina…

Wasalam


Posted in Uncategorized

Alhamdulillah…

salam…

saya sangat2 bersyukur kerana Allah anugerahkan hati yang sangat cekal pada saya.
kadang2 saya rasa saya tak mampu nak galas dengan kepala dan bahu.
tapi hati yang cekal ni selalu tahan dengan segala yang menghampiri saya.
kadang2 segala motivasi dan nasihat hanya menyakitkan telinga.
ketenangan tu datang dari Allah. biar saya perolehi dariNya sahaja…
perasaan sekarang ini?
saya rasa mcm mahu ke depan Kaabah dan duduk beribadat dan berlindung di sana sampai bila-bila…


Posted in Uncategorized

the day when i turned 27…

May 06
1 Comment

salam…

morning on fifth of may 2009.

5 am – woke up. study + tdo = studo
6 am – siap2.
7 am – gerak gi ofis
7.45 am – sampai ofis,masak air,minum sambil curi2 study sblm bos sampai.
8.30 am – buat2 bz, konon2 byk keje la sgt!!! cari2 keje. calling2 org yg servis lambat giler sambil dlm hati kata diorg ni tanak duit ke aku nak bagi duit diorg ni lembap nak m*****s bertindak???
1 pm – lapar. gi beli makanan ngan ofismate. nasi, ayam goreng, kuah masak lomak cili api, tauhu jepun n pucuk paku goreng. rm3.50.
2 pm – penyamaran kunun2 bz bersambung… update QA document. catat mana2 ada masalah so hari rabu leh trouble shoot pape yg patut, sambil2 dengar bos ‘talk many many’
6 pm – yay! balik. opps.. gi upm. masih student, borak2, gossif2 liar and jalankan kewajipan sbg student yg malas.
8.30 pm – gerak balik rumah
9.30 pm – sampai umah. eh ada kek!!! yan dah tidur. sori dear, kak long balik lambat. potong je kek and makan. yang paling tak best, minah ngok ngek mana tah tulis nama aku ‘nuradila’ atas kek!!! eh lu buta ke ape mak aku tulis NUR DALILA!!! sgt marah. tak amik pun gmbr kek tu. tapi makan sbb kek itu adalah kek ‘chocolate indulgence’ from secret recipe. thanx mak and yan for being thoughtful. love you always in my very own way… (i am not good at showing affections!)
10 am – siap2 buat ape yg patut.
10.30 am +++ – tidur…

thank you all for whom were wishing me yesterday and today and may be tomorrow (perasan sumer org ingat besday ko??? hot kah???)


Posted in Uncategorized

i wish…

salam…

supposedly, i wanted to make a list of some-wish-before-i-get-married but too busy to accomplish them so i wish i could have more time, more money to do the thing that i really, really wanted to do…  what are they?

1.  Camping – i love camping.  my last camp was uni year.  pd beach.  second year of study.  i was 21.  now i’m going 27.  and sham, yes i am that desparate to go camping.  nggghhh!!!

2. Mount climbing.  the only mount i ever climbed was gunung datuk, rembau.  terisek hill, taman negara and my granfather’s orchard.  do not underestimate my grandfather’s orchard, when i was 10 i went there with my father and 2 uncles, pak chu and pak tam.  on the way down, we stopped coz something was happened to my father’s bag but i could not remember what.  while waiting for him to do something with his bag, i heard some noise but i could not see where the noise come from.  iwas trembling, wanted to cry.  but pak chu made the shhh sign so i just made face.  when my father was done with his bag, we’re running down the hill.  when we reached the paddy field down the hill, pak chu and pak tam asked my father what was it.  and my father said it was a bear.  wow!! a bear okay!

3. Holiday with friends.  never been to one.  how pathetic is that?

tiga aje?  ummm….  itu aje yang dapat saya fikirkan.  dua tiga menjak ni saya agak ‘berangin’. apa yang saya kata, rasa, fikir macam tak ada makna.  sebenarnya saya harap saya ada byk lagi masa.  tapi masa tak pernah jadi sahabat saya.  jadi fikiran saya beku.  statik.  kalau diplotkan menjadi graf, pasti plotnya malar aje.  padahal perkara2 yang menghimpit plotnya macam mesin jangka hayat.  makin lama makin laju.  kalau graf infra merah pasti ada byk ‘noise’.  hahahahaha!!!!

mungkin saya terlalu berhati2.  saya sangat lambat membuat keputusan.  tapi apabila mmberi kata putus, jarang sekali saya mengambil semula… (apekah!!!!????  teruknya bahasa!)

selainnya, biarlah hanya saya dan Allah yang tahu.


Posted in Uncategorized

counting the days…

Apr 17
1 Comment

salam…

ada orang kata, makin dah dekat tarikh nye, makin mengarut2 mimpi masa kita tidur… means otak dah fikir macam2… huhuhuhuh… those nightmares had started to attack my sleep. huhuhuhuhhu…. hate it so much! it affects amin tooo! everytime he or me had such dream we would call each other right away and talk and talk and talk…
paranoid sungguh kah kami?
panik? belum lagi….
hope everything will fall into the right place just like we planned.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu…


Posted in Uncategorized

dilema…

salam…

ada orang kata, cintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain… macam mana ek…?

it’s april now… less than 4 months to go…

a bz months… thesis to be submitted anytime now… Dear Allah, please give me the strongest strength ever to just finish all this… ‘it’s been a long way, dalila’ prof said this to me from our last meeting. i realized that, sir… a friend said i was being very humble to call a lecturer ’sir’. my supervisor is not some lecturer occay… he deserves to be called ’sir’… he trust me more than anyone else in this world. and very patient too… ;P

wedding preparation? am getting started now… i don’t know which come first, or what. but i tried to put things piece by piece now…

i haven’t thoroughly decided about my career. may be after that little book submitted. i am not sure whether i am ready for JB too! getting nervous everyday. what if i.. what if i… and i forget easily and it’s getting worse..

even someone dare to call me ‘ah so’… i hate it!!!

saya rasa saya dah sangat mencintai diri…. tapi kenapa kena ada dilema ini?


Posted in Uncategorized

kata hati

salam…

hati kita tak ada bahasa
hati kita cuma bergetar
sama ada kita gembira, sedih, marah, berdebar2 mesti hati kita bergetar. cuma frekuensi getaran itu memang berbeza.
malah, kalau kita overdose nescafe pun kita akan rasa berdebar2… ketagihan ke ek? ekekekekeke…
jadi, bagaimana hati itu berkata2?

saya selalu percaya pada detik hati saya. adakah itu kata2 hati saya?

saya sendiri kurang pasti…

mungkin sebab itu saya penakut….


Posted in Uncategorized

cinta, apa yang kau dah lakukan padaku???

Mar 20
1 Comment

salam…

ini adalah terjemahan sajak urdu…

‘bedebah kau cinta!
apakah yang telah kau lakukan padaku?’

simple kan? tapi saya suka. kata2 sangat tepat.

makan hati boleh jadi muda ke?

hah! percayalah, bahawa yang melukakan hati seorang wanita itu adalah wanita yang lain. sorry to say tapi saya rasa lelaki pada saya satu alat aje (dalam kes makan hati ni la). sama ada mereka (lelaki) sedar, atau kenal yang mana kaca atau permata je yang tau hargai hati wanita (kalau pun hati wanita itu masih miliknya)…

ape pentingnya komunikasi dan berbincang bila perkara yang dibincangkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. baik la tak payah berbincang. bila diajak berbincang, sebelah pihak aje yang menang. yang makan hati masih makan hati…

kalau nak bicara tentang kecewa, saya dah lalui macam2 dah. mak ayah saya tak pernah tau pun. saya pendam sendiri. tapi tu lah… bila memendam, saya jadi benci. apa yang saya kata semuanya salah. apa yang saya rasa semuanya tak betul. jadi lebih baik saya tak kata apa2…

cinta memang bedebah!

sebab cinta perkara kecil macam tak ada prepaid telefon, atau bateri telefon takde pun boleh buat saya menangis. betapa bedebahnya cinta buat saya jadi bodoh…


Posted in Uncategorized

Hari Wanita Sedunia 2009

salam…

rasa-rasanya, ada banyak perkara ingin saya taipkan.

mau kata tentang apa ye?

entahlah….

kalau dikatakan pun, akan adakah yang mendengar?

kalau adapun yang mendengar, akan adakah yang memahami?

kalau adapun yang memahami, akan adakah yang memberi sokongan atau mengkritik?

ergghhhh!!!!

pernah tak anda rasa anda berkorban untuk perkara yang anda tidak tahu sama ada itu adalah kemahuan anda ataupun tidak?

pernah tak anda rasa yang pengorbanan anda itu tak ada nilai langsung pun pada orang lain padahal anda sebenarnya membuat pengorbanan yang paling besar dalam diri anda…?

dan setiap hari anda bertanya pada diri anda, berbaloikah pengorbanan anda itu? adakah pengorbanan anda dihargai?

maafkan saya tapi pada hari ini saya rasa memang tak berbaloi…. tapi saya sudah pun menjadi korban…

itulah saya. pengebom berani mati untuk perjuangan orang lain…

jumpa lagi.

*petikan di atas dipetik daripada kata2 wanita yang menjadi korban untuk lelaki yang mereka cinta sempena Hari Wanita Sedunia 8 Mac yang lalu.


Posted in Uncategorized
Next Page »

     

    July 2009
    M T W T F S S
    « Jun    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  

    Blog Stats

    • 1,003 hits